Kelas Mahir Masak (Minggu 2)
2 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 1 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah minggu yang kedua. Guru mahir menerangkan mengenai peralatan asas memasak yang disediakan di NADI kepada peserta. Antara peralatan-peralatan memasak yang disediakan ialah oven, digital scale, induction cooker, hand mixer, kettle, french press dan lain-lain perkakasan. Selain itu, Cikgu menerangkan mengenai kesihatan, kebersihan dan kesihatan ketika memasak. Seterusnya cikgu menerangkan resepi mocktail dan bahan-bahan untuk digunakan pada minggu ketiga.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: